Mesyuarat Penyelarasan Program Santuni MADANI Jabatan Audit Negara Bersama Ketua Unit Audit Dalam Kementerian
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program Santuni MADANI Jabatan Audit Negara (JAN) pada 23 Januari 2025 (Khamis) di ibu pejabat JAN, Putrajaya.
Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaras dan memantau tindakan penyelesaian terhadap isu-isu yang telah dikenal pasti melalui Program Santuni MADANI JAN yang telah diadakan pada 2 November 2024 di Taiping, Perak.
Program Santuni MADANI JAN pada tahun ini akan diadakan di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping pada 26 April 2025. Antara program yang dirancang adalah Bicara Eksekutif yang akan disampaikan oleh Ketua Audit Negara, Kejohanan Sukan Piala Ketua Audit Negara serta Ziarah MADANI.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah YBrs. Puan Selwah binti Said, Pengarah JAN Perak dan Ketua Audit Dalam dari Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.