faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Amanat Ketua Audit Negara Tahun 2025

WhatsApp Image 2025 01 22 at 17.53.15 WhatsApp Image 2025 01 22 at 17.53.16 WhatsApp Image 2025 01 22 at 17.53.16 1 WhatsApp Image 2025 01 22 at 17.53.17 WhatsApp Image 2025 01 22 at 17.53.18 1

 

Majlis Amanat Ketua Audit Negara Tahun 2025 telah diadakan pada 22 Januari 2025 (Rabu) di Dewan Damar Sari 1 & 2, Blok F8, Kompleks F, Putrajaya.

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN), telah menyampaikan amanat tahun baharu kepada 846 warga Jabatan Audit Negara (JAN) yang hadir secara fizikal, manakala lebih 822 orang warga JAN mengikuti majlis secara dalam talian melalui aplikasi live streaming Google Meet, menjadikan jumlah keseluruhan kehadiran seramai 1,668 orang.

Dalam ucapan beliau, YBhg. Dato’ Seri KAN telah menekankan fokus utama JAN untuk tahun 2025 adalah kepada pengukuhan tatakelola pengurusan wang awam, dengan tumpuan kepada reformasi pengauditan syarikat kerajaan serta penghasilan laporan yang berimpak tinggi.

Inisiatif penting tahun ini termasuk peluncuran beberapa Garis Panduan Pengauditan baharu, penganjuran Persidangan Juruaudit ASEAN buat julung kalinya pada bulan Mei 2025, penambahbaikan fasiliti dan kelengkapan kerja Wisma JAN seluruh negara, serta pembangunan kapasiti warga JAN menerusi latihan dan kolaborasi strategik peringkat tempatan dan luar negara.

Majlis turut menyaksikan peluncuran Jurnal Pengauditan Sektor Awam (JPSA) 2025 - Edisi I, sebagai platform perkongsian pengetahuan dalam pengauditan dan memupuk budaya penulisan di kalangan warga JAN. Dengan enam artikel yang menyentuh pelbagai topik penting seperti isu di Auditor General’s Dashboard, pendigitalan pengauditan dan peranan juruaudit dalam, jurnal ini ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris oleh warga JAN sendiri sejajar dengan penglibatan antarabangsa JAN dan Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025.

YBhg. Dato’ Seri KAN seterusnya telah menyampaikan Sijil Professional Global Reporting Initiative (GRI) Certified Sustainability Professional kepada dua orang pegawai JAN yang telah baru menerima pengiktirafan kepakaran dalam pelaporan kemampanan berasaskan piawaian ESG.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Kelayakan Profesional (Ir.) kepada empat orang pegawai JAN yang telah berjaya diiktiraf sebagai Jurutera Profesional oleh Lembaga Jurutera Malaysia selepas melalui proses penilaian dan temuduga yang ketat.

Seterusnya, penyampaian sijil kepada pemenang pertandingan mencipta tema Persidangan Juruaudit ASEAN 2025. Tema yang dipilih ''Inclusive and Sustainable Auditing for a Progressive ASEAN" melambangkan komitmen Malaysia terhadap amalan pengauditan yang inklusif dan mampan, selaras dengan usaha membangun rantau yang progresif.

Turut diadakan pameran, jualan eksklusif dan taklimat mengenai batik Malaysia dengan kerjasama Kraftangan Malaysia bagi mempromosi dan memperkasa warisan seni batik Malaysia.

Turut hadir ketiga-tiga Timbalan Ketua Audit Negara, pegawai-pegawai kanan JAN dan delegasi Ketua Unit Audit Dalam daripada pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi.

WhatsApp Image 2025 01 22 at 17.53.19 WhatsApp Image 2025 01 22 at 17.53.21 WhatsApp Image 2025 01 22 at 17.53.20 1 WhatsApp Image 2025 01 22 at 17.53.21 1 WhatsApp Image 2025 01 22 at 17.53.22 WhatsApp Image 2025 01 22 at 17.53.16
  • Dikemaskini pada: 23 Jan 2025
  • Cetak
  • 646

faqhubungimaklumbalaspeta