faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Ziarah Kasih Terhadap Keluarga Almarhumah Puan Nor Azizah binti Ismail, Unit Audit Dalam, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

474097261 1030258572479522 7885259862094955540 n 474132101 1030217265816986 7884074801752195694 n

 

Al-Fatihah.

YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara dan seluruh warga Jabatan Audit Negara merakamkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhumah Puan Nor Azizah binti Ismail, Unit Audit Dalam, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang telah kembali ke Rahmatullah pada 20 Januari 2025 (Isnin).

Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah berkesempatan meluangkan masa untuk menziarahi keluarga Almarhumah pagi tadi. Dalam kesempatan tersebut, beliau turut menyerahkan sumbangan beliau dan warga JAN dengan kerjasama MASJAN kepada suami Almarhumah. Ini turut merangkumi sumbangan melalui Tabung Kebajikan Jabatan Audit Negara yang telah diwujudkan pada awal tahun 2024 bertujuan untuk menjaga kebajikan seluruh warga Jabatan termasuk keluarga warga JAN yang telah meninggal dunia.

Turut hadir adalah YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan).

Semoga keluarga Almarhumah terus tabah dan redha menerima ketetapan Allah SWT Marilah kita bersama-sama berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

  • Dikemaskini pada: 22 Jan 2025
  • Cetak
  • 150

faqhubungimaklumbalaspeta