Mesyuarat Kumpulan Fokus Dan Penyelarasan Bersama Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Bagi Pengauditan Bertemakan Perubahan Iklim Serta Bengkel Penyediaan Laporan Ketua Audit Negara Bertemakan Keterjaminan Makanan
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah meluncurkan Mesyuarat Kumpulan Fokus Dan Penyelarasan Bersama Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri bagi Pengauditan Bertemakan Perubahan Iklim serta Bengkel Penyediaan Laporan Ketua Audit Negara Bertemakan Keterjaminan Makanan pada 20 Januari 2025 di Akademi Audit Negara.
Mesyuarat dihadiri oleh YBhg. Profesor Dr. Anjas Asmara Samsudin, Pengarah Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) dan penglibatan pelbagai pihak Kementerian, Jabatan, Agensi, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan ahli akademik. Objektif mesyuarat adalah untuk menyelaras dan memperkukuh kerjasama bagi mendokong daya tahan iklim dan keterjaminan makanan serta membina masa depan yang mampan untuk Malaysia.
Turut hadir adalah YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) dan YBrs. Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat Kerajaan). Mesyuarat ini juga dihadiri oleh 220 orang peserta.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |