faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2025

WhatsApp Image 2025 01 21 at 09.38.59 WhatsApp Image 2025 01 21 at 09.39.00 WhatsApp Image 2025 01 21 at 09.39.01 WhatsApp Image 2025 01 21 at 09.39.02 WhatsApp Image 2025 01 21 at 09.39.02 1

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara hadir ke Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2025 dengan tema “Reformasi: Satu Kemestian” yang telah diadakan di Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya pada 20 Januari 2025 (Isnin).

Dalam sesi amanat tersebut, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) menyeru perkhidmatan awam meneruskan agenda reformasi perkhidmatan awam dengan memfokuskan kepada tiga perkara iaitu:

1. Memantapkan pemboleh daya reformasi,

2. Memperkukuh nilai dan tatakelola; dan

3. Mempertingkatkan sinergi strategik Persekutian-Negeri dan antarabangsa.

YBhg. Tan Sri KSN mengakhiri sesi dengan menegaskan agar semua penjawat awam perlu ikhlas dalam memberi perkhidmatan yang terbaik dengan sentiasa proaktif dalam melaksanakan tugasan sebelum diminta, tidak bertangguh dan sentiasa wujud sifat ihsan dan luhur dalam menjalankan amanah.

  • Dikemaskini pada: 22 Jan 2025
  • Cetak
  • 634

faqhubungimaklumbalaspeta