faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Program Kecergasan dan Townhall Jabatan Audit Negara Zon Selatan

WhatsApp Image 2025 01 18 at 02.40.11 WhatsApp Image 2025 01 18 at 02.40.15 WhatsApp Image 2025 01 18 at 02.40.16 WhatsApp Image 2025 01 18 at 02.40.27 WhatsApp Image 2025 01 18 at 02.40.28

 

Program Kecergasan dan Townhall Jabatan Audit Negara Zon Selatan yang dianjurkan oleh JAN Johor telah diadakan pada 16 hingga 18 Januari 2025 di Kompleks Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Muar.

Sebanyak 11 acara sukan dipertandingkan melibatkan 155 orang pegawai daripada JAN Johor, JAN Negeri Sembilan dan JAN Melaka.

YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah meluangkan masa hadir ke program ini pada 17 Januari 2025 sebagai tanda sokongan kepada usaha mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan warga JAN.

Kehadiran beliau turut menyerikan Program Kecergasan Jabatan Audit Negara Zon Selatan, yang bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental selain memperkukuh semangat kerjasama di kalangan warga JAN.

Turut hadir YBrs. En Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) selaku Chief De Mission Zon Selatan; Puan Norliza binti Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan; Puan Norni @ Lina binti Mohamed, Pengarah JAN Johor; Encik A S Sinarao A/L Nagayah @ Nagaraju, Pengarah JAN Negeri Sembilan; dan Encik Khairul Azrin Mod Rifat, Pengarah JAN Melaka.

Seterusnya, Sesi Town Hall YBhg. Dato' Seri Ketua Audit bersama pegawai Zon Selatan telah diadakan pada 17 Januari 2025 (Jumaat).

Dalam sesi ini, YBhg. Dato' Seri Ketua Audit Negara (KAN) telah menyampaikan amanat berkaitan hala tuju JAN disusuli sesi maklum balas dan dialog KAN dengan pegawai dan kakitangan pelbagai gred dari JAN Zon Selatan.

WhatsApp Image 2025 01 18 at 02.40.31 WhatsApp Image 2025 01 18 at 14.48.04 WhatsApp Image 2025 01 18 at 14.48.06 WhatsApp Image 2025 01 18 at 14.48.12 WhatsApp Image 2025 01 18 at 14.48.08
  • Dikemaskini pada: 19 Jan 2025
  • Cetak
  • 213

faqhubungimaklumbalaspeta