Mesyuarat Penutup Pengauditan Interim Tahun 2024 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Interim Tahun 2024 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 17 Januari 2025 di ibu pejabat Jabatan Audit Negara.
Mesyuarat dihadiri oleh YBhg. Prof Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak; Pengerusi Lembaga Pengarah UKM; YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan bin Hj. Toriman; Naib Canselor UKM; YBhg. Datin Rosni binti Mohd Yusoff Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun (SBM) Kementerian Kewangan Malaysia; YBrs. Encik Ahmad Rizal bin Adnan; Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Governan & Pembangunan) KPT serta wakil-wakil daripada Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kewangan Malaysia, dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mesyuarat juga turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji; Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); dan YBrs. Encik Mohd Fisul bin Ismail; Pengarah AuditKewanganIII.