faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Kerjasama Strategik Sebagai Persediaan Majlis Peluncuran Pelaksanaan Pengauditan Syarikat Kerajaan

WhatsApp Image 2025 01 16 at 17.33.17 WhatsApp Image 2025 01 16 at 17.33.18 WhatsApp Image 2025 01 16 at 17.33.22 WhatsApp Image 2025 01 16 at 17.33.22 1

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Kerjasama Strategik bagi Persediaan Majlis Peluncuran Pelaksanaan Pengauditan Syarikat Kerajaan di ibu pejabat Jabatan Audit Negara (JAN), Putrajaya pada 16 Januari 2025 (Khamis).

Mesyuarat melibatkan kehadiran daripada pihak Perbadanan Produktivti Malaysia (MPC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Perdana Menteri (PMO), Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA), Kementerian Komunikasi (KK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Objektif mesyuarat adalah untuk membincangkan persediaan bagi menjayakan Majlis Peluncuran Pelaksanaan Pengauditan Syarikat Kerajaan yang akan diadakan pada 6 Februari 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri.

  • Dikemaskini pada: 17 Jan 2025
  • Cetak
  • 141

faqhubungimaklumbalaspeta