Majlis Ucaptama Ketua Setiausaha Negara sempena Sesi Libat Urus Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan Peringkat Persekutuan
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menghadiri Majlis Ucaptama Ketua Setiausaha Negara sempena Sesi Libat Urus Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan Peringkat Persekutuan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Januari 2025 (Khamis).
Majlis telah diluncurkan oleh YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mewakili YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
Penekanan telah diberikan kepada keperluan kritikal untuk mewujudkan ekosistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang mampan dengan komitmen untuk penambahbaikan yang berterusan dan berimpak tinggi. Pewujudan Akta Iltizam juga merupakan manifestasi komitmen seluruh perkhidmatan awam untuk memberikan perkhidmatan yang efisyen serta responsif kepada keperluan rakyat.