Sesi Libat Urus Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General’s Dashboard – AGD) Bersama
Kementerian Sumber Asli Dan Kelestarian Alam (NRES)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Jabatan Audit Negara telah mengadakan sesi libat urus berkaitan isu-isu melibatkan Kementerian Sumber Asli & Kelestarian Alam (NRES) yang telah dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 hingga 2024 yang dipaparkan dalam Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General's Dashboard-AGD).
Sesi libat urus tersebut telah dipengerusikan bersama oleh YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara dan YBhg. Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim, Ketua Setiausaha NRES.
Turut hadir ke sesi ini ialah YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat); Pn. Norsham binti Abdul Latip, Timbalan KSU (Sumber Asli); YBhg. Dato' Ahmad Fadzil bin Abdul Majid, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi dan Teknikal) Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia; YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Persekutuan; YBhg. Dato' Abdul Kadir bin Abu Hashim, Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN; dan Encik Mohd Serjana bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Susulan Audit JAN.