faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Kursus Perakaunan Penyata Kewangan Agensi Berasaskan ISSAI

473193956 1025173606321352 4079124067664687181 n 473342750 1025173612988018 9208319901432480946 n 473578114 1025173596321353 497053612435051061 n 473590437 1025173609654685 2350580692876261755 n

 

Akademi Audit Negara (AAN) telah menganjurkan Kursus Perakaunan Penyata Kewangan Agensi Berasaskan ISSAI dari 7 hingga 9 Januari 2025 bertempat di Auditorium Ahmad Noordin, AAN. Kursus tersebut dihadiri oleh 64 orang peserta daripada pelbagai sektor di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara (JAN), JAN Negeri serta Unit Audit Dalam Kementerian/Jabatan/Agensi.

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan pengauditan penyata kewangan agensi berasaskan International Standards of Supreme Audit Institution (ISSAI).

Penceramah dari AAN yang terlibat adalah Puan Farizah binti Harman Timbalan Pengarah AAN dan Puan Noor Rasyidah binti Engah, Penolong Pengarah Program Perakaunan. Selain itu, seramai 3 orang Penolong Pengarah daripada Sektor Audit Kewangan iaitu Puan Aslina binti Abdul Alim Kong, Encik Amir bin Ramli dan Encik Ahmad Izzuddin bin Abdul Rahman turut terlibat sebagai tenaga pengajar kursus tersebut.

  • Dikemaskini pada: 14 Jan 2025
  • Cetak
  • 81

faqhubungimaklumbalaspeta