faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Kursus Pengauditan Syarikat Kerajaan (Asas)

473078031 1023203236518389 254960279086871341 n 473079875 1023203276518385 9151755728115152081 n 473080089 1023203296518383 7618381962964065772 n 473189691 1023203269851719 128400399178734180 n

 

Akademi Audit Negara (AAN) telah menganjurkan Kursus Pengauditan Syarikat Kerajaan (Asas) pada 8 dan 9 Januari 2025 secara dalam talian.

Kursus ini telah dihadiri seramai 108 orang pegawai gred W29 hingga W41 daripada ibu pejabat Jabatan Audit Negara (JAN) Putrajaya, JAN Negeri, Bahagian Audit Sekolah, Unit Audit Dalam (UAD) Kementerian dan Jabatan, UAD Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan UAD Jabatan Premier Sarawak.

Objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan berkenaan pengauditan syarikat Kerajaan iaitu pematuhan terhadap undang-undang serta peraturan yang berkaitan. Skop pembelajaran adalah meliputi peringkat perancangan, pelaksanaan dan pelaporan.

  • Dikemaskini pada: 09 Jan 2025
  • Cetak
  • 235

faqhubungimaklumbalaspeta