Majlis Peluncuran Plak Taska Berdaftar di Taska Seri Kandi, Jabatan Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menghadiri Majlis Peluncuran Plak Taska Berdaftar anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 10 Januari 2025 (Jumaat) di Taska Seri Kandi, Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Majlis dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dalam ucapan, beliau menekankan kepentingan pendaftaran taska bagi memastikan penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak berkualiti serta selamat.
YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara menzahirkan rasa bangga kerana Taska Seri Kandi JAN dipilih sebagai lokasi perasmian, mencerminkan pematuhan tinggi terhadap standard pemantauan berkala yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Taska ini juga memudahkan warga JAN, dengan lokasi strategik yang menjamin keselamatan dan penjagaan berkualiti untuk anak-anak mereka.
Turut hadir YBhg. Datuk Che Murad Sayang, Ketua Pengarah JKM; YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat); Encik Mohd Razalan bin Kamal, Timbalan Pengarah (Teknologi Maklumat dan Komunikasi); serta wakil-wakil Ketua Jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).