Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 pada 8 Januari 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara.
Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah Encik Rizal bin Dato' Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia; YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) serta wakil-wakil daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP); Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan.