Sesi Libat Urus Tentang Pemakaian Arahan Amalan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Bil.10/2024 Bagi Syarikat Yang Tertakluk Kepada Pengauditan Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Follow The Public Money Oleh Jabatan Audit Negara
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan sesi libat urus membincangkan pemakaian Arahan Amalan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Bil.10/2024 bagi syarikat yang tertakluk kepada pengauditan syarikat berkaitan Kerajaan dan 𝙁𝙤𝙡𝙡𝙤𝙬 𝙏𝙝𝙚 𝙋𝙪𝙗𝙡𝙞𝙘 𝙈𝙤𝙣𝙚𝙮 𝘼𝙪𝙙𝙞𝙩 oleh Jabatan Audit Negara (JAN) pada 6 Januari 2025 di ibu pejabat JAN, Putrajaya.
Mesyuarat tersebut dihadiri oleh YBhg. Datuk Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM dan YBrs. Encik Mohd Saiful Sungkih bin Abdullah, Timbalan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan (MoF).
Turut hadir YBhg. Datuk Hajah Patimah Binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBrs. Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) serta pegawai-pegawai kanan MoF, SSM dan JAN.