faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Libat Urus Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General’s Dashboard – AGD) Bersama
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) Dan Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA)

WhatsApp Image 2025 01 04 at 13.04.19 WhatsApp Image 2025 01 04 at 13.04.19 1 WhatsApp Image 2025 01 04 at 13.04.20 2 WhatsApp Image 2025 01 04 at 13.04.22 WhatsApp Image 2025 01 04 at 13.04.24

 

Jabatan Audit Negara telah mengadakan sesi libat urus berkaitan isu-isu yang telah dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2019 hingga 2024 yang dipaparkan dalam Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General's Dashboard-AGD) dengan Pengurusan Kanan dua Kementerian iaitu KESUMA dan PETRA masing-masing pada 3 Januari 2025 di ibu pejabat JAN, Putrajaya.

Sesi libat urus tersebut telah dipengerusikan bersama oleh YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara bersama YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KESUMA dan YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA masing-masing.

Turut hadir ke sesi tersebut ialah YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat); YBhg. Dato Ir Mohd Zaki bin Mat Amin, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM); YBrs Ir Mohamad Radzi bin Abdul Talib, Jabatan Pengairan dan Saliran; YBrs Dr. Abrari bin Saleh, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara; Encik Muhammad Mahendar bin Abdullah, Pengurusan Aset Air Berhad; YBrs. Tuan Sutekno Ahmad Belon Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KESUMA; dan Encik Mohd Serjana bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Susulan Audit JAN.

  • Dikemaskini pada: 03 Jan 2025
  • Cetak
  • 101

faqhubungimaklumbalaspeta