faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan Januari 2025

WhatsApp Image 2025 01 03 at 13.44.17 WhatsApp Image 2025 01 03 at 13.44.18 WhatsApp Image 2025 01 03 at 13.44.20 2 WhatsApp Image 2025 01 03 at 13.44.19

 

YBhg. Dato' Seri Ketua Audit Negara telah menghadiri Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan Januari 2025 pada 3 Januari 2025 (Jumaat) di Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya.

Dalam Amanat Tahun Baharu 2025, YAB Perdana Menteri menegaskan bahawa Ketua Audit Negara bertanggungjawab menyemak dan mengenal pasti keterlanjuran dalam pentadbiran, dengan tujuan memperbaiki kelemahan demi memastikan perkhidmatan awam memenuhi harapan rakyat dan negara.

Beliau juga turut memberi pengiktirafan kepada penjawat awam atas dedikasi dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

Turut hadir YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat); serta pegawai-pegawai Jabatan Audit Negara (JAN).

Pada masa yang sama, bagi warga JAN yang berada di ibu pejabat, majlis yang sama turut disiarkan secara langsung melalui tayangan skrin besar yang disediakan khas untuk tontonan bersama.

Inisiatif ini bertujuan memastikan seluruh warga JAN dapat merasai semangat perpaduan dan kebersamaan sekaligus menyemarakkan lagi usaha mendukung aspirasi kerajaan yang berteraskan Malaysia MADANI.

WhatsApp Image 2025 01 03 at 13.44.20 WhatsApp Image 2025 01 03 at 13.44.20 1 WhatsApp Image 2025 01 03 at 13.44.22 WhatsApp Image 2025 01 03 at 13.44.27
  • Dikemaskini pada: 03 Jan 2025
  • Cetak
  • 256

faqhubungimaklumbalaspeta