Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 pada 12 Disember 2024 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara.
Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq bin Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM; YBrs. Encik Khairul Halimin bin Abdul Halim, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LHDNM; YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); dan Puan Norliza binti Md. Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan JAN.
Sejurus selepas mesyuarat tersebut, YBhg. Dato' Seri Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia bagi tahun berakhir 31 Disember 2023.