Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Bagi tahun berakhir 31 Disember 2023
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara.
Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah YBhg. Dato' Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur; YBrs. Tuan Haji Mohamad bin Hamim, Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek); YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); dan Puan Norliza binti Md. Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan JAN.
Sejurus selepas mesyuarat tersebut, Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi tahun berakhir 31 Disember 2023.