faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023

WhatsApp Image 2024 12 05 at 20.13.55 WhatsApp Image 2024 12 05 at 20.13.56 WhatsApp Image 2024 12 05 at 20.13.59 1 WhatsApp Image 2024 12 05 at 20.14.00

 

YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 pada 5 Disember 2024 di ibu pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya.

Hadir ke mesyuarat tersebut ialah YBhg. Dato' Afandi bin Nordin, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW); YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA serta wakil dari Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan.

Turut hadir ke mesyuarat tersebut di pihak JAN ialah YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan Encik Azunan bin Daud, Pengarah Audit Kewangan.

Usai mesyuarat tersebut, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 kepada YBhg. Dato' Seri Ketua Pengarah MARA.

  • Dikemaskini pada: 05 Dec 2024
  • Cetak
  • 120

faqhubungimaklumbalaspeta