Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dr. Kao Kim Hourn, Setiausaha Agung ASEAN dan Delegasi ASEAN Secretariat (ASEC)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dr. Kao Kim Hourn, Setiausaha Agung ASEAN dan delegasi ASEAN Secretariat (ASEC) pada 4 Disember 2024 di Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Turut hadir adalah wakil daripada Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).
Perbincangan menjurus kepada persediaan Malaysia untuk Mesyuarat Jawatankuasa Audit ASEAN ke-50 (AAC) yang akan dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara pada bulan Jun 2025.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |