Majlis Graduasi dan Anugerah Korporat Anjuran The Institute of Internal Auditors Malaysia (IIAM) 2022 & 2023
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah hadir sebagai tetamu kehormat dan menyampaikan ucapan pembukaan di Majlis Graduasi dan Anugerah Korporat anjuran The Institute of Internal Auditors Malaysia (IIAM) 2022 & 2023 yang telah diadakan pada 2 Disember 2024 di Kuala Lumpur.
Dalam ucapan beliau, YBhg. Dato’ Seri telah menegaskan tentang peranan penting yang dimainkan oleh audit dalam untuk memastikan tata kelola yang teratur diamalkan merentasi sektor awam dan swasta. Audit dalam juga mesti siap siaga dan memanfaatkan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan analitik data bagi membolehkan pengauditan yang dibuat memberikan impak yang optimum dan bermakna kepada organisasi dan rakyat secara keseluruhannya.
Kehadiran KAN dalam program ini merupakan kesinambungan kerjasama erat antara JAN dan IIAM, selaras dengan inisiatif strategik JAN untuk memperkukuh governans dan akauntabiliti melalui pengukuhan hubungan kerjasama sektor awam dan swasta.