faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023

WhatsApp Image 2024 12 03 at 07.50.39 1 WhatsApp Image 2024 12 03 at 07.50.40 WhatsApp Image 2024 12 03 at 07.50.42 WhatsApp Image 2024 12 03 at 07.50.43

 

YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 bersama YBhg. Dato' Seri Dr. Abdul Aziz bin Sheikh Abdul Kadir, Pengerusi MAINS pada 2 Disember 2024 di Jabatan Audit Negara, Putrajaya.

Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah YBhg. Sohibus Samahah Prof. Madya Dato' Dr. Faudzinaim bin Haji Badaruddin, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, YBrs. Tuan Haji Zainal bin Said, Setiausaha MAINS, YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Encik Azunan bin Daud, Pengarah Audit Kewangan, dan Cik Siti Maisarah binti Muhamad Radzali, Timbalan Pengarah Audit Negeri Sembilan.

  • Dikemaskini pada: 03 Dec 2024
  • Cetak
  • 141

faqhubungimaklumbalaspeta