Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara Sempena Sambutan Hari Integriti Peringkat Jabatan Audit Negara (JAN) Tahun 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara Sempena Sambutan Hari Integriti Peringkat Jabatan Audit Negara (JAN) Tahun 2024 telah berlangsung pada 29 November 2024 (Jumaat) bertempat di ibu pejabat JAN, Putrajaya. Seramai 310 orang warga JAN telah hadir secara fizikal dan lebih 600 orang warga JAN turut menyertai majlis secara dalam talian.
Majlis telah dimulakan dengan Bacaan Yasin dan Doa Selamat Perdana bagi mendoakan kesejahteraan mangsa banjir di Malaysia, keamanan rakyat Palestin, mensyukuri segala pencapaian yang telah berjaya diperolehi oleh JAN pada tahun 2024 serta kesejahteraan rakyat Malaysia seluruh negara.
Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara Bagi Bulan November 2024 yang diadakan sempena Sambutan Hari Integriti Peringkat JAN Tahun 2024 telah disempurnakan oleh YBhg. Datoβ Seri Ketua Audit Negara (KAN).
Turut hadir kedua-dua Timbalan Ketua Audit Negara, pegawai-pegawai kanan JAN dan delegasi Ketua Unit Audit Dalam dari pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi.
YBhg. Datoβ Seri KAN seterusnya telah menyampaikan Sijil Pelantikan kepada Pegawai Penyelaras Integriti (Personel Integriti) JAN yang bertindak sebagai π§π°π€π’π π±π¦π³π΄π°π― dalam membantu menyelaras hal ehwal berkaitan integriti di peringkat JAN Negeri.
Selain itu, beliau telah menyampaikan Watikah Pelantikan Ikon Nilai Perkhidmatan Awam, Watikah Pelantikan dan Pentauliahan Munsyi Muda Bahasa Tahun 2023 β 2024 dan Surat Pemangkuan kepada Juruaudit.
Acara disusuli dengan Peluncuran Garis Panduan Pengauditan Prestasi dan Peluncuran Active Directory (AD) dan Sistem Pembangunan Modal Insan (SPMI) di bawah Projek Pendigitalan Perkhidmatan JAN.