Sesi Libat Urus Sektor Pengurusan Jabatan Audit Negara Bersama Ketua Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sektor Pengurusan (SP) Jabatan Audit Negara (JAN) telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Ketua Audit Negara, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi pada 29 November 2024 (Jumaat) di ibu pejabat JAN, Putrajaya.
Sesi ini diadakan untuk membentangkan perancangan aktiviti tahun 2025 bagi tiga (3) bahagian di bawah SP iaitu Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Bahagian Kewangan dan Pentadbiran (BKP) serta Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BKP). Di samping itu, YBhg Dato' Seri Ketua Audit Negara juga menyampaikan amanat kepada warga SP supaya terus meningkatkan perkhidmatan yang terbaik kepada semua warga Jabatan Audit Negara.
Turut hadir sama YBrs. Puan Hasmawati Mohd Yusoff, Pengarah Sektor Pengurusan; Encik Mohd Rashidi bin Baba, Timbalan Pengarah Bahagian Kewangan dan Pentadbiran; Encik Mohd Razalan bin Kamal, Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi; dan Encik Mohd Sallehhuddin bin Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.