Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 di pejabat IRDA, Johor pada 28 November 2024.
Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah YB. Dato' Dr. Badrul Hisham bin Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif IRDA; Encik Nor Hisham bin Mohd. Yusof, Pesuruhjaya Persekutuan Perngurusan Korporat Dan Kewangan; YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); wakil Kementerian Kewangan, dan wakil Kementerian Ekonomi.
Sejurus selepas mesyuarat tersebut, YBhg. Dato' Seri Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan IRDA bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.