faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Memorandum Persefahaman (MOU) Antara Akademi Audit Negara (AAN) dan Audit and Inspection Training Institute of Korea (AITI)

467158693 982786287226751 260976091961111781 n 467304413 982786317226748 4270599073639731968 n 467307499 982786223893424 2784226047310756279 n 467324899 982786180560095 8716698417293627854 n

 

Memorandum Persefahaman (MOU) Antara Akademi Audit Negara (AAN) dan Audit and Inspection Training Institute of Korea (AITI) telah berjaya dimuktamadkan dan ditandatangani pada 15 November 2024 bertempat di AITI Korea.

MOU ini adalah usaha kerjasama strategik kedua-dua negara di peringkat Supreme Audit Institution (SAI) bagi mengukuhkan dan membangunkan profesionalisme juruaudit serta mempertingkatkan kerjasama dalam sektor terpilih. Cadangan MOU ini telah dibangkitkan oleh YBhg Dato Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara dengan rakan sejawatnya, TYT Mr. CHOE Jaehae, Pengerusi Board of Audit and Inspection of Korea (BAI) semasa Mesyuarat ke-59 ASOSAI Governing Board yang diadakan di Busan, Korea pada bulan September 2023.

Fokus kerjasama dalam MOU tersebut termasuk perkongsian pengetahuan dan pemantapan pengauditan prestasi, pengauditan digital, susulan audit, pengauditan forensik dan pengauditan menggunakan kecerdasan buatan (artificial intelligence) serta pembelajaran mesin (machine learning).

MOU ini telah ditandatangani oleh YBrs. Puan Baridatul Anita binti Bidin, Pengarah Akademi Audit Negara bagi pihak SAI Malaysia dan KIM Soon Sik, President of the Audit and Inspection Training Institute (AITI) Korea.

Hadir bersama ialah Encik Chee Yu Hee Bill, Setiausaha Kedua, Kedutaan Besar Malaysia, Korea Selatan.

  • Dikemaskini pada: 18 Nov 2024
  • Cetak
  • 184

faqhubungimaklumbalaspeta