Wacana Integriti Bilangan 2 Tahun 2024 Peringkat Jabatan Audit Negara Sempena Bulan Integriti Nasional
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Bersempena dengan Sambutan Bulan Integriti Nasional peringkat Jabatan Audit Negara, Unit Integriti Jabatan Audit Negara (JAN) telah menganjurkan Wacana Integriti Bilangan 2 Tahun 2024 di Dewan Damar Sari 1, Putrajaya pada 12 November 2024 (Selasa).
Wacana Integriti ini diadakan bertujuan untuk mengukuhkan pemahaman berkaitan sindiket penipuan atau lebih dikenali sebagai jenayah scam yang dilakukan oleh individu tertentu untuk menipu masyarakat demi kehendak dan keuntungan peribadi. Selain itu, info atau maklumat yang diperolehi melalui program ini diharap dapat membantu warga JAN mengenal pasti tanda-tanda amaran dan melindungi diri daripada menjadi mangsa jenayah scam.
Wacana Integriti bertajuk "Awas Jenayah Scam: Jangan Mudah Terpedaya" telah disampaikan oleh ASP Rastam Affandi bin Md Ramli daripada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Putrajaya.
Seramai 216 orang warga JAN telah menghadiri program wacana ini secara fizikal serta lebih 407 orang warga JAN daripada Ibu Pejabat JAN, JAN Negeri dan Bahagian/ Unit Audit Dalam turut mengikuti wacana ini secara dalam talian.
Wacana Integriti ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) mewakili Ketua Audit Negara; Encik Raynaur bin Abdul Samad, Ketua Unit Integriti JAN; serta pegawai-pegawai kanan JAN.