faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023

WhatsApp Image 2024 11 07 at 17.18.57 WhatsApp Image 2024 11 07 at 17.18.59 1 WhatsApp Image 2024 11 07 at 17.18.58 WhatsApp Image 2024 11 07 at 17.18.59

 

YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 bersama Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz (Tengku Temenggong Kelantan) selaku YDP MAIK di Kuala Lumpur pada 7 November 2024.

Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah YBrs. Tuan Haji Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK, YB. Sahibul Samahah Dato' Kaya Perba Dato' Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan, YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Encik Azunan bin Daud, Pengarah Audit Kewangan Jabatan Audit Negara (JAN) dan Encik Hazman bin Mohamed, Pengarah Audit Negeri Kelantan.

Dua Ahli Jawatankuasa Majlis Audit dan Kewangan MAIK juga hadir dalam Mesyuarat tersebut iaitu YBhg. Datuk Seri Nik Azman bin Nik Abdul Majid (mantan KAN) dan YBhg. Datuk Nik Mohd Hasyudeen bin Yusoff.

Sejurus selepas mesyuarat tersebut, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.

  • Dikemaskini pada: 07 Nov 2024
  • Cetak
  • 68

faqhubungimaklumbalaspeta