faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI Jabatan Audit Negara (JAN) di Kampung Masjid, Ijok, Perak

WhatsApp Image 2024 11 04 at 00.02.16 WhatsApp Image 2024 11 04 at 00.02.16 1 WhatsApp Image 2024 11 04 at 00.02.17 WhatsApp Image 2024 11 04 at 00.02.18 WhatsApp Image 2024 11 04 at 00.02.19 WhatsApp Image 2024 11 04 at 00.02.20

 

Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI Jabatan Audit Negara (JAN) di Kampung Masjid, Ijok telah meriah dengan kehadiran hampir 2,000 pengunjung pada 3 November 2024 (Ahad).

Majlis ini telah disempurnakan secara bersama oleh YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara dan YB Dato’ Mohd Zolkafly bin Harun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak mewakili YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; Yang Berhormat Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak serta pegawai-pegawai kanan JAN.

Kampung Masjid, Ijok telah dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI JAN. Sebanyak 10 projek fizikal siap dilaksanakan di Kampung Masjid, Ijok dengan peruntukan RM2.5 juta, termasuk pembinaan dewan sekolah, pemasangan lampu solar, dan naik taraf fasiliti awam. Program ini melibatkan 26 agensi Persekutuan dan Negeri seperti JPJ, JPN, PERKESO, dan MAIPk, dengan pelbagai perkhidmatan terus kepada penduduk. Inisiatif seperti Jualan Rahmah dan Jualan Agro MADANI turut diadakan bagi manfaat penduduk.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan hadir ke Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI JAN.

WhatsApp Image 2024 11 04 at 00.02.21 1 WhatsApp Image 2024 11 04 at 00.02.21 2 WhatsApp Image 2024 11 04 at 00.02.22 WhatsApp Image 2024 11 04 at 00.02.23 WhatsApp Image 2024 11 04 at 00.02.24 WhatsApp Image 2024 11 04 at 00.02.25
  • Dikemaskini pada: 05 Nov 2024
  • Cetak
  • 330

faqhubungimaklumbalaspeta