Majlis Sembah Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) merafak sembah menjunjung kasih kehadapan Kebawah DYMM Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman atas limpah perkenan menerima YBhg Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi menghadap Kebawah DYMM Tuanku Sultan pada hari ini, 4 November 2024 di Istana Anak Bukit, Alor Setar Kedah.