Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
Bagi Tahun berakhir 31 Disember 2023
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 di Jabatan Audit Negara (JAN), Putrajaya.
Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah YBhg. Dato’ Mahmud bin Abbas, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS; YBhg. Lt. Kol (K) Datuk Haji Anwari bin Suri, Pengerusi Jawatankuasa Audit PKNS; YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBrs. Puan Norliza binti Md. Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan JAN dan YBrs. Puan Zirawati binti Kadir, Pengarah Audit Negeri Selangor.
Sejurus selepas mesyuarat tersebut, Datuk Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor bagi tahun berakhir 31 Disember 2023.