Temu Bual Di BERNAMA Radio Sempena Program Kampung Angkat MADANI, Jabatan Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
Sekitar sesi slot temu bual bersama YBrs. Encik Azunan bin Daud, Pengarah Audit Kewangan, Jabatan Audit Negara di BERNAMA Radio pada 24 Oktober 2024 sempena Program Kampung Angkat MADANI Jabatan Audit Negara (JAN) pada 2 & 3 November 2024 di Kampung Masjid, Ijok, Perak.
Nantikan Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI Jabatan Audit Negara (JAN) pada 3 November 2024 (Ahad) di Kampung Masjid, Ijok, Perak.
Pelbagai aktiviti menarik akan berlangsung antaranya:
1.Pemeriksaan saringan kesihatan secara percuma;
2.Jualan Agro MADANI;
3.Pertandingan mewarna, memasak dan gubahan;
4.Sesi perkongsian ilmu oleh selebriti terkenal;
5.Cabutan bertuah; dan
6.Pameran dan perkhidmatan oleh pelbagai agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri.
Jumpa kome di sana!