faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023

WhatsApp Image 2024 10 22 at 07.13.11 WhatsApp Image 2024 10 22 at 07.13.20 WhatsApp Image 2024 10 22 at 07.13.26 WhatsApp Image 2024 10 22 at 07.13.27

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 di Bilik Mesyuarat Perdana, Jabatan Audit Negara Putrajaya pada 21 Oktober 2024.

Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah YBhg. Sahibus Samahah Profesor Madya Dato’ Dr. Mohd Sukki Othman, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang; YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBhg. Dato’ Haji Rosidi Hussain, Setiausaha MAINPP; YBhg. Dato’ Haji Amran Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif As-Sahabah Urus Zakat Sdn. Bhd.; YBrs. Encik Mohd Fisul Ismail, Pengarah Audit Kewangan JAN dan YBrs. Dr. Zaharuddin Zainal Abidin, Pengarah Audit Negeri Pulau Pinang.

Usai mesyuarat tersebut, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan MAINPP bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.

  • Dikemaskini pada: 22 Oct 2024
  • Cetak
  • 164

faqhubungimaklumbalaspeta