Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 di Bilik Mesyuarat Perdana, Jabatan Audit Negara Putrajaya pada 21 Oktober 2024.
Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Hj. Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBrs. Encik Shaifulfazlee bin Mohamad, Setiausaha MAIM; YBrs. Encik Mohd Fisul bin Ismail, Pengarah Audit Kewangan; dan Encik Khairul Azrin bin Mod Rifat, Pengarah Audit Negeri Melaka.
Usai mesyuarat tersebut, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan MAIM bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.