faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Turun Padang Ketua Audit Negara ke Negeri Sabah

WhatsApp Image 2024 10 21 at 07.45.40 WhatsApp Image 2024 10 21 at 07.45.41 1 WhatsApp Image 2024 10 21 at 07.45.42 WhatsApp Image 2024 10 21 at 07.45.43

 

YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah berkesempatan turun padang melawat status Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah WP:07: Menaik Taraf Jalan dari Inanam ke Sepanggar, Sabah pada 20 Oktober 2024 (Ahad).

Turut diadakan sesi Taklimat Status Pelaksanaan Projek tersebut oleh YBrs. En. Vitus Dee Aegidius, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Pembinaan dan Pemantauan Projek Pan Borneo, JKR Sabah.

Turut hadir dalam sesi lawatan tersebut adalah YBhg. Datuk Ridhwan Roger Linus, Setiausaha Tetap, Kementerian Kerja Raya Sabah.

Seterusnya, Datuk KAN telah melawat bangunan Wisma JAN di Kota Kinabalu untuk berinteraksi dengan warga JAN Sabah disamping melihat status persekitaran kerja bagi memastikan pengukuhan pengauditan yang dijalankan oleh JAN Sabah serta penyediaan persekitaran kerja yang selesa bagi warga Audit di Sabah.

Antara lain, Datuk KAN telah menyempurnakan Sesi Penyerahan Kenderaan Baharu sebanyak 2 unit kepada JAN Negeri Sabah.

Beliau juga turut meluangkan masa meninjau kerja-kerja penyelenggaraan bangunan dan kerja-kerja cerun kawasan Wisma Audit Sabah. Turut hadir YBrs. Dr. Mona binti Othman, Pengarah Audit Negeri Sabah dan YBrs. Ir. Dr. Edger Jr. Joe, Penolong Pengarah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Cawangan Cerun.

WhatsApp Image 2024 10 21 at 07.45.43 1 WhatsApp Image 2024 10 21 at 07.45.44 1 WhatsApp Image 2024 10 21 at 07.45.44 2 WhatsApp Image 2024 10 21 at 07.45.45
  • Dikemaskini pada: 21 Oct 2024
  • Cetak
  • 295

faqhubungimaklumbalaspeta