Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 di Wisma Audit Sabah pada hari Sabtu, 19 Oktober 2024.
Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah YB Datuk Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan Sabah; YBhg. Sahibus Samahah Datuk Dr. Ustaz Haji Bungsu @ Aziz bin Hj. Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah; YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBhg. Datuk Malai Ali bin Malai Ahmad, Timbalan Yang Di-Pertua MUIS; YBrs. Encik Ramlan bin Awang Ali, Setiausaha MUIS merangkap Ketua Pegawai Eksekutif; YBrs. Puan Norliza binti Md. Nuruddin @ Nordin, Pengarah Audit Kewangan; dan YBrs. Dr. Mona binti Othman, Pengarah Audit Negeri Sabah.
Usai mesyuarat tersebut, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan MUIS bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.