faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Agung Tahunan Surau Al-Ibtisam Jabatan Audit Negara 2024

WhatsApp Image 2024 10 16 at 22.46.12 WhatsApp Image 2024 10 16 at 22.46.12 1 WhatsApp Image 2024 10 16 at 22.46.12 2  

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Surau Al-Ibtisam JAN 2024 di Dewan Serbaguna, Aras 1, Blok F3, Putrajaya pada 16 Oktober 2024.

Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 80 orang warga Jabatan di Ibu Pejabat.

Mesyuarat Agung Tahunan diadakan bagi pembentangan Laporan Kewangan dan Aktiviti tahun 2023/2024 yang dilaksanakan oleh Surau Al-Ibtisam JAN. Di samping itu, ianya merupakan platform yang memberi ruang kepada pegawai dan kakitangan Jabatan untuk mencadangkan aktiviti kerohanian dan kemasyarakatan agar dapat menyumbang kepada kefahaman dan kekuatan agama.

Datuk Ketua Audit Negara dalam ucapan beliau telah menyatakan bahawa aktiviti dan program kerohanian serta kemasyarakatan ini dapat meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan warga Jabatan disamping membentuk peribadi pemimpin masa hadapan JAN.

Turut diadakan sesi tazkirah ringkas yang disampaikan oleh YBrs. Ustazah Nazirah binti Abu Bakar daripada JAKIM dengan tajuk ‘Keikhlasan Dalam Menjalankan Amanah dan Tanggungjawab Kepada Jabatan”.

Turut hadir YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) dan YBrs. Tuan Haji Roslan Abu Bakar, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat).

WhatsApp Image 2024 10 16 at 22.46.13 WhatsApp Image 2024 10 16 at 22.46.13 1 WhatsApp Image 2024 10 16 at 22.46.13 2
  • Dikemaskini pada: 17 Oct 2024
  • Cetak
  • 213

faqhubungimaklumbalaspeta