faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Perbahasan Dan Penggulungan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2024

WhatsApp Image 2024 10 16 at 09.44.22 WhatsApp Image 2024 10 16 at 09.44.23 1 WhatsApp Image 2024 10 16 at 09.44.25  

 

Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah hadir bagi sesi perbahasan dan penggulungan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2024 di Parlimen pada 15 Oktober 2024.

Turut diadakan sesi perbincangan bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YB. Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson sebelum sesi perbahasan dan penggulungan tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YB Dato' Sri Azalina Othman telah membentangkan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) di Dewan Rakyat.

Manakala YB Tuan M. Kulasegaran telah membuat penggulungan Perbahasan LKAN 2/2024 yang melibatkan Jabatan Audit Negara (JAN).

JAN ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada 19 orang Yang Berhormat Ahli Dewan Rakyat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan kali ini dengan memberi syor dan pandangan demi kepentingan negara dalam memantapkan tatakelola dalam pengurusan kewangan dan akauntabiliti Kerajaan Persekutuan.

Turut hadir bersama di Parlimen adalah Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad.

WhatsApp Image 2024 10 16 at 09.44.25 1 WhatsApp Image 2024 10 16 at 09.44.27 WhatsApp Image 2024 10 16 at 09.44.27 1
  • Dikemaskini pada: 16 Oct 2024
  • Cetak
  • 445

faqhubungimaklumbalaspeta