faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Cadangan Penubuhan Kumpulan Kerja Mengenai Susulan Audit (Working Group On Follow Up Audit-WGFA) di Bawah International Organisation Of Supreme Audit Institutions (INTOSAI) Yang Dipengerusikan Oleh SAI Malaysia

463073914 957887336383313 8728581004922598942 n 463345342 957887423049971 118828745349655621 n 463086052 957887383049975 969207743870328278 n

 

Mesyuarat Ke-16 International Organisation of Supreme Audit Institutions (INTOSAI) Knowledge Sharing Committee Steering Committee (KSC SC) yang bersidang di Nairobi, Kenya pada 14 Oktober 2024 telah bersetuju sebulat suara dengan cadangan Supreme Audit Institution (SAI) Malaysia untuk menubuhkan satu Kumpulan Kerja baharu mengenai Susulan Audit di bawah INTOSAI.

Kertas Pembentangan "Feasibility Report on Establishment of WGFA" di peringkat INTOSAI telah dibentangkan melalui rakaman video oleh YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) selaku Pengerusi Special Committee on Establishing Working Group on Follow-up Audit (WGFA) yang disertakan maklumat penting mengenai hasil tinjauan, fungsi dan hala tuju WGFA.

Sebanyak 𝟭𝟵 negara telah mengganggotai Special Committee ini yang telah bersidang sejak bulan Februari 2024 secara maya.

Wakil SAI Malaysia ke Mesyuarat KSC SC ialah Encik Mohd Shahril bin Yahya, Pengarah Audit Prestasi, Jabatan Audit Negara.

Seterusnya, SAI India selaku Pengerusi KSC SC akan membentangkan cadangan penubuhan WGFA untuk kelulusan di dalam Mesyuarat Ke-78 INTOSAI Governing Board di Mesir pada 28 Oktober 2024.

Sekiranya dipersetujui, penubuhan WGFA merupakan julung kalinya SAI Malaysia akan diberi kepercayaan untuk mempengerusikan Kumpulan Kerja di bawah INTOSAI. Kumpulan Kerja ini akan membolehkan perkongsian pengetahuan dan pengalaman dalam kalangan ahli INTOSAI sebanyak 𝟭𝟵𝟬 negara bertujuan memperkukuhkan impak pengauditan melalui mekanisme susulan audit secara sistematik dan lebih berstruktur. Sehingga kini, sebanyak 𝟲𝟱 negara INTOSAI telah menyampaikan hasrat kepada SAI Malaysia untuk menjadi ahli dalam Kumpulan Kerja baharu ini apabila ianya ditubuhkan mulai tahun 2025.

  • Dikemaskini pada: 16 Oct 2024
  • Cetak
  • 135

faqhubungimaklumbalaspeta