faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Penyampaian Sumbangan Bencana Kepada Pegawai Jabatan Audit Negara, Negeri Selangor

WhatsApp Image 2024 10 12 at 10.47.40 1 WhatsApp Image 2024 10 12 at 10.47.41 2 WhatsApp Image 2024 10 12 at 10.47.41  

 

Pada 2 Ogos 2024 yang lalu, Encik Mohd Syafiq Syarafuddin Ibrahim, Penolong Juruaudit (W29) dari Jabatan Audit Negara (JAN), Negeri Selangor telah diuji dengan tragedi kebakaran kediaman beliau di Klang.

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan tunai daripada Majlis Sukan Jabatan Audit Negara (MASJAN), warga JAN dan peribadi beliau sebagai sokongan moral dan kewangan kepada pegawai dan keluarga.

Turut sama pada sesi tersebut ialah YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBrs. Tuan Haji Azunan Daud, Pengarah Audit Kewangan II; YBrs. Puan Zirawati Kadir, Pengarah Audit Negara Negeri Selangor dan seluruh warga JAN Selangor.

  • Dikemaskini pada: 14 Oct 2024
  • Cetak
  • 280

faqhubungimaklumbalaspeta