Program Fun Run & Brisk Walk Audit Sempena Hari Sukan Negara (HSN) Tahun 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Jabatan Audit Negara (JAN) dengan kerjasama Kelab Audit Wilayah Persekutuan (KAWIP) telah menganjurkan Program Fun Run & Brisk Walk Audit Sempena Hari Sukan Negara (HSN) Tahun 2024 pada 12 Oktober 2024 (Sabtu) bertempat di Taman Botani, Presint 1, Putrajaya.
Seramai lebih kurang 200 orang pegawai Ibu Pejabat JAN dan Unit Audit Dalam (UAD) hadir bersama ahli keluarga menyertai pelbagai acara yang disediakan seperti senamrobik, fun run & brisk walk serta cabutan bertuah.
Usai majlis rasmi yang lain, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara turut berkesempatan hadir menyampaikan ucapan penutup dan hadiah kepada pemenang fun run kategori terbuka lelaki, terbuka wanita, veteran lelaki dan veteran wanita. YBhg. Datuk KAN dalam ucapan beliau mengingatkan supaya pegawai JAN mengamalkan hidup yang sihat dan seimbang, serta meluangkan masa bersama keluarga walaupun dalam kesibukan melaksanakan kerja-kerja pengauditan.
Turut hadir dalam program tersebut adalah YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) dan YBrs. Tuan Hj. Azunan bin Daud, Yang Dipertua KAWIP.
KAWIP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dalam sambutan Hari Sukan Negara pada tahun ini.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |