Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam, Selangor pada 10 Oktober 2024.
Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah YAD Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS; YBhg. Dato' Prof. Madya Dr. Haji Miszairi bin Hj. Sitiris, Sahibus Samahah Timbalan Mufti Selangor; YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor; YBrs. Encik Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor dan YBrs. Puan Zirawati binti Kadir, Pengarah Audit Negeri Selangor.
Usai mesyuarat tersebut, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan MAIS bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.