Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara.
Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah YBrs. Tuan Haji Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP; YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Ahli Majlis MAIWP; YBhg. Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan juga Ahli Majlis MAIWP; YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Eksekutif MAIWP; YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); dan Puan Norliza binti Md. Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan IV, Jabatan Audit Negara.
Sejurus selepas mesyuarat tersebut, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.