faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)

Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023

WhatsApp Image 2024 10 08 at 06.51.06 WhatsApp Image 2024 10 08 at 06.51.06 1 WhatsApp Image 2024 10 08 at 06.52.30 WhatsApp Image 2024 10 08 at 06.52.32

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 pada 7 Oktober 2024 di Jabatan Audit Negara Negeri Terengganu.

Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBrs. Puan Norliza binti Md. Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan IV JAN; YBrs. Profesor Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM; YBhg. Profesor Madya Dr. Syed Hadzrullathfi bin Syed Omar, Timbalan Mufti Negeri Terengganu; YBrs. Puan Norlinda binti Daim, Pengarah Penilaian Negeri Terengganu; dan Encik Zulkifli bin Tungal, Pengarah Audit Negeri Terengganu.

Sejurus selepas itu, Datuk Wan Suraya telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.

Beliau seterusnya telah meluangkan masa untuk melawat dan mendengar taklimat berkaitan pengurusan Hotel Wakaf, Hotel Grand Puteri oleh MAIDAM dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) di Kuala Terengganu.

 

 

  • Dikemaskini pada: 09 Oct 2024
  • Cetak
  • 282

faqhubungimaklumbalaspeta