Ziarah Kasih Encik Yazid bin Saleh, Pemandu Jabatan Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
Hari ini, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah meluangkan masa menziarahi Encik Yazid bin Saleh, Pemandu Jabatan Audit Negara di kediaman beliau di Kuala Lumpur. En Yazid telah diserang strok pada 16 September 2024 dan kini sedang bercuti sakit di rumah.
Di kesempatan yang sama, Datuk KAN telah menyerahkan sumbangan tunai dari Majlis Sukan Jabatan Audit Negara (MASJAN) dan sumbangan peribadi beliau sebagai sokongan moral dan kewangan kepada pegawai dan keluarga.
Turut sama dalam sesi ziarah tersebut ialah Puan Syakurah binti Zakaria, Timbalan Pengarah Bahagian Sumber Manusia; Puan Hely Herlina Kassim, Setiausaha MASJAN; dan Puan Sabariah Atan Din, Bahagian Khidmat Pengurusan, Sektor Pengurusan JAN.
Seluruh warga JAN mendoakan agar Encik Yazid dikurniakan aafiyah dengan segera dan kembali sihat seperti sedia kala.