faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Workshop on Knowledge Sharing of SDG Implementation: Cooperative Audit Projects in SAI Myanmar

 461565595 941932697978777 6054034459452603760 n  WhatsApp Image 2024 09 28 at 19.34.46  WhatsApp Image 2024 09 28 at 19.34.48  WhatsApp Image 2024 09 28 at 19.44.09

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara selaku Pengerusi ASEANSAI Knowledge Sharing Committee (KSC) telah menyampaikan ucapan pembukaan secara rakaman video pada sesi perasmian bengkel antarabangsa yang dianjurkan oleh Office of the Auditor General of the Union Myanmar (SAI Myanmar) pada 25 dan 26 September 2024 secara dalam talian (online).

Bengkel tersebut telah dihadiri seramai 30 orang peserta dari Supreme Audit Institutions (SAI) 7 negara ASEAN iaitu Malaysia, Brunei, Kemboja, Lao PDR, Myanmar, Filipina dan Vietnam secara dalam talian.

Dalam ucapan pembukaan beliau, YBhg. Datuk KAN menekankan kepentingan perkongsian ilmu, maklumat, idea dan pengalaman di antara SAI negara-negara ASEAN terutamanya dalam bidang pengauditan prestasi (Performance Audit).

Di samping itu, beliau juga berharap bengkel tersebut dapat memperkukuhkan pemahaman di kalangan juruaudit mengenai pengauditan pelaksanaan SDG (SDG Implementation Audit) dan pengauditan alam sekitar (environmental audit) bagi peningkatan kapabiliti juruaaudit ASEANSAI.

Jabatan Audit Negara juga telah membentangkan kertas berkenaan "Special Performance Audit on Forest Management and Environmental Impact: Malaysian Case" yang disampaikan oleh Resource Person bengkel yang dilantik, Puan Azizah Daud, Timbalan Pengarah Audit, Bahagian Prestasi I, Sektor Audit Prestasi serta dibantu oleh Puan Nor Munirah Sidik dan Encik Mohd Nazrin Nasron. Selain itu, perkongsian juga telah diberikan oleh SAI Myanmar, SAI Indonesia dan SAI Thailand.

  • Dikemaskini pada: 29 Sep 2024
  • Cetak
  • 189

faqhubungimaklumbalaspeta