faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023
 460660755 933622442143136 6234588882158465554 n 460634665 933622525476461 2845495099672962821 n  460838698 933622542143126 1130048865785763824 n 460722457 933622562143124 5537512752206451743 n

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara pada 20 September 2024.

Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman bin Aziz Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan; YBrs. En. John Riba Anak Marin, Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi); dan YBrs. Puan Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan).

Selesainya mesyuarat tersebut, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 kepada YBhg. Dato' Sri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO.

 

  • Dikemaskini pada: 20 Sep 2024
  • Cetak
  • 201

faqhubungimaklumbalaspeta