Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Warga JAN Bersama YBhg. Datuk Ketua Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Warga JAN bersama YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) dan Pengurusan Tertinggi anjuran Surau Al Ibtisam, Jabatan Audit Negara (JAN) telah diadakan pada pagi ini, Jumaat, 20 September 2024 di ibu pejabat JAN, Putrajaya.
Majlis yang diketuai oleh Tuan Haji Badiuzzaman bin Mohd Pakir telah dihadiri seramai 330 orang warga JAN yang menyertai sesi bacaan secara fizikal dan dalam talian.
Majlis ini diadakan bagi memohon kelancaran urusan perjalanan YBhg. Datuk KAN dan delegasi ke Persidangan ASOSAI Ke-16 di India dan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 3/2024 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat kelak.