faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

YBhg. Datuk Ketua Audit Negara Menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

 459279680 931431989028848 215600349303132  459408381 931431855695528 6594202792700844022 n  459830466 931431935695520 843078291197861

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) merafak sembah menjunjung kasih kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar atas perkenan baginda menerima menghadap di Istana Negara pada 18 September 2024.

Dalam sesi tersebut, Datuk KAN telah membentangkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2024 mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2023 serta LKAN mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri bagi tujuan mendapat perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk pembentangan di Parlimen kelak. Ianya selaras di bawah Fasal (1) Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan.

  • Dikemaskini pada: 19 Sep 2024
  • Cetak
  • 301

faqhubungimaklumbalaspeta